Friday, May 18, 2012

Memaafkan dan Dimaafkan Itu Indah Rupanya

Message dari si dia yang memang dah terlalu jauh untuk dikenang, terlalu lama untuk dikesal.
"Alhamdulillah. Awak tak pernah salah pada saya pun, saya yang patut mintak maaf."

Allah! Rasa nak berjurai pulak airmata ni. Ya Rabb.. Bertahun tunggu dia mintak maaf, tak pernah dapat, alih-alih hari ni..aku rasa macam dia tak pernah ada apa-apa salah pulak rasanya.  Alhamdulillah. Yang pasti aku dah minta maaf kat dia, dia pun dah mintak maaf. Tutup buku. :)

Thursday, May 17, 2012

Aku Yang Hina

Tik..Tok..Tik..Tok.. Gosh Allah Ya Rabb, pejam celik, pejam celik, tinggal beberapa hari je lagi nak jejak kaki ke tanah suci. Tiba-tiba rasa gelabah, gemuruh, seram sejuk...

Kenapa tiba-tiba rasa macam ada rama-rama dalam perut ni? Huhuhu...

Sebenarnya, masa mak cadangkan untuk pergi buat umrah couple of months back, aku relax je. Nak pergi? Ok je mak.. Ala, umrah je kot. Bukan nak pergi haji nak kalut-kalut.

Semoga dipermudah segalanya.. Amin
Dan itulah yang aku fikir sampailah semalam. Bila salah seorang jurubahasa aku tegur "Puan nak pergi ni, tak rasa risau ke?" Aku diam. Erm.. Apa maksudnya tu? Hihi.. Aku tau lah aku ni boleh tahan gak nakalnya, tapi kenapa perlu takut nak ke Mekah? Bukan nak pergi berperang pun.

Then, bila aku balik rumah malam tu, aku terfikir (muhasabah la konon.. huhu). Betul la. Adakah aku dah bersedia menjejak kaki ke tempat paling suci, bumi Allah Mekah ni? Dengan bertimbun dosa yang aku rasa macam tak terlarat kot kalau nak dihitung. malunya aku Ya Allah, nak pergi tempat suci tu dengan segala macam kekotoran.

Selama ni bila aku baca atau dengar cerita tentang apa yang terjadi kat Mekah tu, aku selalu tak nak fikir sangat. Bagi aku, Tuhan tu Maha Besar, Dia yang pilih siapa Dia nak tunjuk kekuasanNya. Siapa kita nak sibuk orang tu koma, then nampak api neraka, si polan yang selalu tinggal sembahyang kena kejadian tidak diingini kat sana? So?

Bila aku kata aku tak fikir sangat, bukan bermakna aku tak ambil pot atau pandang enteng kuasa Tuhan. Gila ke hapa? maksud aku, semua tu tak pernah nak menakutkan aku untuk ke Mekah. Bukan berlagak, tapi bagi aku, kita manusia penuh dosa, Tuhan tahu hamba-hambanya. Kalau Dia tak tunjukkan di Mekah, Dia mungkin akan tunjuk di Petaling Street, Shah Alam, London, Muar, kan?
Bagi aku Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa, namun Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang.

Itu haritu la.. lepas kena tegur dengan jurubahasa aku, aku fikir balik, fikir dalam-dalam. Hmmmm.. Macam mana kalau Tuhan kata "Kun Fayakun.. Tunjukkan pengajaran pada budak yang degil ni" masa kat mekah nanti?  Nauzubillahimin zalik.. Janganlah begitu.

Kemudian aku terperasan. selama ni kalau habis sembahyang, akan ada satu doa yang aku tidak pernah miss-Doa mohon dilindung dari aib dibuka pada orang. (Nampak sangat banyak dosa!). kemudian aku terperasan lagi-Dalam aku doa aib aku ditutup, berapa banyak aib orang yang aku bukak? dalam banyak doa aku pohon kasih sayang, berapa banyak orang yang aku kasari? Dalam banyak doa pohon diri terlindung dari kezaliman dan penindasan, berapa banyak kali aku buat naya kat orang, samada sengaja atau tidak?

Huh.. lepas tu, berpeluh rasa satu badan. Rasa macam nak nangis and mintak mak cancel je umrah kali ni. Takut nak menghadap Tuhan di tempat suci dengan bekalan pahala tidak seberapa, ibadah tidak sempurna, tapi terpalit pelbagai debu hama hidup yang hina.

Then, aku tersedar, aku tak perlu takut aib pada pandangan orang, sebab Allah Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Pengampun. Asalkan kita berusaha menyuci dari debu, hama, taik yang melekat pada diri, Insya Allah akan dijaga. Dan sekiranya di sana, Allah nak menguji dengan mendatangkan bencana yang mengaibkan, itu dah fate. Dan aku terima sebab aku hanya hamba yang hina dina dan selayaknya dibuat apa sahaja oleh Tuhanku yang Maha Berkuasa.

Lepas tu, rama-rama takde lagi dalam perut, aku tenang balik....
Ok, tu je untuk post pertama. Nak carik buku umrah. (budak baru insaf nak hafal doa)

Bye!!